Thursday, October 29, 2009

DUHAI AYAHANDA, BONDA: AKU SANGAT RINDU DI SAAT INI


Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terleburKorban segalanya penuh rela


Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing


Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan


Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya


Kau penawar hati dukaWalau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmuWahai bonda

Hari ini aku tidak boleh menulis sebarang cerita kerana sangat tersayat hati dengan sesuatu perkara. (Yang pasti bukan pasal cinta. Jangan jadikan aku lemah kerana cinta antara manusia)Apabila dalam keadaan begini, hati ini semakin kuat untuk pulang ke kampung. Mahu pulang dan menatap wajah emak dan ayah. Wajah yang sering membuatkan aku kembali merasa tenang dan bersemangat. Bertuahnya kalian diluar sana yang setiap hari buka mata nampak wajah emak dan ayah. Pulang kerja, nampak wajah emak ayah. Aku pula, duduk berjauhan dengan emak ayah (Kajang je, tapi hari-hari rindu).
Ayuh, mulai sekarang, aku dan kalian belajar lebih menghargai emak dan ayah. (Bertingkat-tingkat dari sekadar menghargai).
  • Jika pulang dalam keadaan marah, jangan tunjukkan kepada mereka, leraikan marah dalam keadaan waras, api lawannya air. Jika marah, berwuduklah (Itu cara melawan rasa marah).
  • Jika ada perselisihan, cakap dengan cara yang paling lembut dengan mereka.Bimbang kalau lidah tidak terjaga, tanpa sengaja kita lukakan hati mereka. (Ayah dah pesan bercakap hanya bila perlu)
  • Jangan cuba-cuba berlaku kasar sekiranya berselisih faham hanya kerana sudah merasa dewasa dan merasa diri betul. (Mak cakap gunakan akal yang waras jika berhadapan masalah)
  • Jangan merasakan harta yang bertimbun boleh membantu anak itu menebus dosanya dengan ibu bapa (kalau kalian tanya aku, akan aku jawab. Mana mungkin harta mampu menebus dosa)
  • Hargailah mereka di saat mereka masih bernafas di sisi kita. Kerana mereka Bangsa yang TERHORMAT dan perlu DICINTAI ( Moga aku dan kalian boleh lakukan begitu)

Bila Nur Qaseh (aku la tu) mula melakar cerita tentang mereka, kadang kala emosi terlebih daripada yang sepatutnya. Air mata sering menjadi teman setia bila aku coretkan cerita tentang aku dan mereka. Mengapa aku begitu? Kalian fikir mengapa aku begitu. Jawapan aku, kerana aku anak mereka. Nur Qaseh insan biasa. (Air mata ini terus mengalir)

No comments:

Post a Comment