Wednesday, October 14, 2009

EMAK: TUNGGU SAYA PULANG

sudah lama jari ini tidak menekan punat laptop untuk mencoretkan sesuatu yang aku kira menarik untuk dibaca. bermula hari ini aku berazam untuk sentiasa menitipkan sesuatu yang boleh kiranya aku dan orang lain berkongsi ceritanya. doa-doakan aku.

Seperti biasa daripada hari Isnin hingga Jumaat, aku dan kawan sehidup sekaki berulang alik dari rumah sewa ke tempat kerja. bukannya jauh. Kira-kira 5 minit berjalan kaki. Setelah tamat pengajian di UM, aku terus menyambar jawatan sebagai Editor Projek Novel di Kajang.

Pada malam rabu, sewaktu sedang sibuk mengosok baju, satu panggil daripada ayah aku terima.

"Assalamualaikum, adik" (itu panggilan family pada aku, malunya)

"Waalaikumusalam, ayah, kenapa telepon malam-malam ni. tak tidur lagi?"

"Ayah nak beri tahu, emak masuk hospital, kena demam Chikunkunya (betul ke aku eja).

Aduhai, nak terduduk aku kejap. Chikunkunya (lagi sekali, betul ke aku eja). dugaan untuk aku yang duduk jauh daripada keluarga, (jauh ke?).

"Janganlah risau, mak tak apa-apa. Ayah dah hantar pergi hospital. Kalau ada apa-apa nanti, ayah beritahu, Assalamualaikum."

Pagi Khamis tu aku nekad bagitau kakak kat ofis yang aku nak balik kampung, tak kira la orang nak cakap apa, baru kerja sebulan dah sibuk nak ambil MC. (eh...suka hati kita la, kerja aku tetap jalan).

"Kau balik je, apa-apa hal akak inform nanti." kata-kata kakak tu menguatkan semangat aku untuk balik kampung.

Hari ini aku jadi manusia yang sangat tidak profesional, mencampurkan urusan peribadi dalam kerja. Buktinya masa meeting dengan bos pasal projek novel kami, aku banyak diamkan diri, fikiran aku melayang di hospital Jengka, teringatkan mak yang sekarang mesti tengah sakit sendi disebabkan gigitan nyamuk tu. kawan aku cakap muka aku kusut habis, tak berseri macam selalu. macam patung cendana pun ada juga. Habis meeting aku duduk saja di kerusi, hati ni berkobar-kobar nak balik. "Ya Allah, cepatkanlah masa" (baca dalam mood sedih dan bermonolog dalaman)

Malam tu, aku berkemas-kemas, esok mesti bertolak dalam pukul 7, kawan sebilik tengok dengan muka sedih. (Sebab sepatutnya dia yang balik awal daripada aku, tapi sekarang dah terbalik). kesian kau kawan, kena tinggal lagi untuk ke sekian kalinya.

"Uh...dah lewat malam, tido dulu."

Aku pun melendingkan diri selepas selesai melakukan rutin harian aku sebelum tidur. cuci muka, gosok gigi, sapu toner, pakai krim malam, krim mata... yang terakhir, membaca surah tertertentu dan apa lagi tidur la...

Pagi jumaat yang sejuk, menyebabkan pergerakkan aku sedikit lembab untuk bangun dari tidur. Bila teringatkan mak yang sedang sakit di hospital, aku kuatkan kaki bangun, capai tuala dan terus mandi.siap pakai baju (yang tidak digosok langsung). Aku keluar rumah tepat pukul 7 pagi. Kaki dihayun dengan sangat laju, macam pelumba jalan kaki negara aku berjalanan untuk sampai ke stesen bas.

Sedang elok aku baru nak menapakkan punggung dibangku simen, bas mini kuning yang menjadi identiti bandar Kajang sampai dengan penuh semangat walaupun pada pandangan aku bas tu sedikit senget. Menunggu keretapi ktm membuatkan aku sedikit kurang sabar, lambat pulak dah sampainya. bila dah sampai, penuh la pulak. Aku nekad, mesti naik train ni jugak. Lantak la jadi ikan sardin kene, ikan termenung ke. Janji sampai.

Kaki aku selamat menapak ke Bandar Jengka pukul 11.30 pagi. Ayah dengan abang aku dah tunggu lama. Aku dengan sayu menyambut tangan ayah dan mencium tangan dan kedua-dua pipi ayah. rasa nak menangis pulak (sob...sob...sob...anak manja ayah sebenarnya). Masuk kereta, aku terus dilarikan ke rumah tercinta yang aku diami sejak dilahirkan sehingga sekarang. rindunya dengan bau busuk tanah kampungku. Mak dah keluar hospital. Aku dengar orang yang kena demam ni doktor suruh balik je. Ada ke patut.

Kaki aku mula melangkah masuk ke dalam rumah, dengan beg yang masih disandang ke bahu, aku terus menerpa masuk ke dalam bilik. Ketenung sekujur tubuh yang sangat lemah. Baru seminggu raya berlalu, pada masa tu, aku dan dia berdua berjalan beriringan ke masjid. Sama-sama memakai jubah hitam dan kami solat Aidil Fitri bersama. Tetapi, sekarang, dia kelihatan lesu dan lemah. Aku dakap tubuh kecil itu,aku cium tangan, dahi pipi dan kaki milik mak. pertama kali aku melihat mak memang sangat lemah. Begitu besar penangan gigitkan nyamuk sehingga manusia menjadi sebegitu lemah.

Cuti tiga hari, aku habiskan masa dengan menjaga mak. Kakak dan abang-abang aku semuanya balik ke rumah. Aku seperti biasa ambil bahagian dapur. Memasak bubur, buat air, masak air panas untuk mak mandi dan bagi mak makan ubat. Cuti 3 hari mana cukup nak jaga mak. Kalau tak fikirkan aku baru je bekerja di syarikat tu, mau aku ambik cuti seminggu. Baru puas hati jaga mak. ye tak...

Kami bergilir-gilir melayan mak. Hari Sabtu hingga Ahad, aku menjaga emak. Hari Isnin hingga Ahad abang dan kakak iparkan yang sporting tu jaga dan bawa mak ke hospital pakar kat Kuantan. Itulah bestnya ada anak ramai-ramai.

Sebelum berangkat meninggalkan rumah untuk pergi ke stesen bas dengan menaiki kereta ayah yang aku pandu sendiri(nak bagitau yang diri ini sudah dapat lesen memandu), aku katakan pada mak.

"Mak, nanti adik balik tiap-tiap minggu sampai mak sihat."

Mak aku hanya memandang dan tersenyum sikit. Aku salam tangan mak,vabang-abang (6 orang semuanya, kakak(sorang je) dan sekalian kakak iparku yang best dan gila-gila macam adik iparnya ini. Sebelum kereta bergerak aku pandang muka mak puas-puas dan dengan cekap aku memasukkan gear 1 dan menurunkan hand break lalu kereta pun bergerak pantas seperti Shell.

Setibanya di tempat menunggu bas, bas pun macam tak nak bergerak lagi, aku berbual-bual dengan ayah. Bila dah kena naik bas, rasa berat la pulak kaki ni. Ayah macam tau-tau je, aku tak nak balik. Ayat yang menyedapkan hati aku pun keluar daripada mulut ayah.

"Janganlah sedih, minggu depan balik lagi, ayah suka kalau anak ayah ni rajin balik. Boleh rasa air tangan dia."sambil tangan besar ayah diletakkan atas kepala aku.

He...he... ni yang best. Minggu depan comform aku balik lagi. Bas bergerak tak tepat pada masanya, kat tiket aku tulis bas jalan 3.30 petang, tapi bas ni jalan pukul 3.40 petang dari Bandar Jenga ke pekeliling. Bas bergerak perlahan-lahan, aku melambaikan tangan dan tanpa segan silu menjerit satu perkataan kepada ayah sebelum bas bergerak dengan lebih laju.

"Ayah I LOVE U."

Semua orang dalam bas tercengang. Mana ada orang berani cakap macam tu pada ayah diaorang kecuali aku. tapi aku bangga, ayat macam aku cakap pada orang yang memang penting dalam hidup ni. Daripada aku buang air liur cakap I LOVE U kat mana-mana lelaki yang aku baru kenal dan diangkat sebagai boyfriend. Bas memecut laju seolah-olah pak cik bas tu pernah berlumba secara profesional. aku pun terus melayan fikiran sehinggalah aku selamat sampai k rumah.

Bermula daripada minggu pertama mak aku sakit kerana terkena demam nyamuk sampai sekarang aku ulang alik dari Kajang ke Jengka semata-mata kerana ibuku. Dah masuk 3 minggu aku buat macam tu. Sampai dah tak rasa jauh sangatlah kajang dengan Jengka ni. heheh...hehe

No comments:

Post a Comment