Tuesday, October 27, 2009

GARIS PERMULAAN: DIPERLEKEH, EXAM DAN PESTA BUKU ANTARABANGSA

"Apa yang kau boleh jadi kalau ambil jurusan Media ni. Macam susah je nak dapat kerja nanti."



Aku masih ingat lagi kata-kata seorang budak berlagak mana entah yang memperlekehkan aku kerana mengambil jurusan yang dikira kurang popular dikalangan pelajar -pelajar di universiti, tempat aku mula nampak arah tuju aku selepas ini. Rasa diperkecilkan pula. Mentang-mentanglah dia ambil jurusan yang main dengan duit dan akaun, aku pula yang dihentam, dipenyek-penyekkan. Seperti biasa aku ni dikenali sebagai manusia yang kurang bercakap (ada yang kata aku sombong, lantak la). Tapi bukan bermakna aku biar je orang kutuk-kutuk sesedap rasa. Lidah ni mula ringan nak membalas.



"Jangan bongkak sangat. Rezeki ni tuhan yang tentukan. Kau sapa nak cakap macam tu."



Opss... terlebih pula aku marah kali ni. lepas cakap macam tu aku terus kemas buku dan keluar dari bilik study yang memang sedia ada di kolej kediaman tempat aku berteduh, makan dan mandi. Aku tak pandang langsung muka budak yang riak tu. Lantak la dia nak cakap apa pun. Sampai depan pintu bilik aku, terdengar pulak jeritan perempuan yang kedengaran seperti perempuan mengilai. Hem... sapa lagi kalau bukan senior aku yang memang tak reti nak duduk diam walaupun sesaat. Happy memanjang budak-budak tu. Exam nak dekat pun mereka tetap boleh main dam, game dan beberapa permainan yang dicipta oleh mereka sendiri.



Memandangkan subjek aku rapat-rapat tarikh examnya, aku kena lebih tekun menelaah. Hari pertama dengan subjek Titas dan diikuti dengan subjek Media dan yang paling perit paper Bahasa Jepun A1. Aduh...mau muntah aku menghafal setiap perkataan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Jepun. Alang-alang dah ambil paper ni, aku terus jalan dan tak menoleh lagi.



Peperiksaan aku ditamatkan dengan paper Sejarah Asia Timur yang tergolong dalam paper Bahasa Jepun yang aku ambil. Paper ni aku paling minat sebab salah satu tabiat aku masa jawab exam ialah mengoreng ayat. Tapi sorang kawan aku ni lagi hebat, dia suka menyembang dengan soalan tu.oh...misteri...misteri. berbalik semula kepada aku, wah...wah... dengan konfiden aku menjawab semua soalan walaupun jawapannya aku kurang tau.(lupa apa yang aku baca tadi, otak diserang virus cookies)



Hasilnya result aku, he...he...he...korang boleh teka la. Tapi aku tak teruskan ambil paper Bahasa Jepun ni, atas sebab-sebab tertentu dan ditukarkan dengan paper lain. sob...sob...sedihnya. Kalau masih kekal dengan paper Bahasa Jepun tu, mesti aku dah ada kat Jepun sekarang dan pengajian aku akan tamat pada 2011. takpelah, bukan rezeki aku.



Lepas exam nak buat apa la pulak. aku mencari aktiviti yang boleh memenuhi jadual hidup ni. Ya... Pesta Buku Antarabangsa, bukan Pesta Bebas Bergaul antara Muda Mudi ye. Terima kasih pada gadis yang bernama Ummu Zainab Al-Abidah(panjangnya nama) yang memperkenalkan aku dengan pesta buku ni. Aku telah memborong buku yang tidaklah banyak, 2 je. Tajuk buku tu Sidarrtha dan Sophies World daripada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) . Habis Rm 100 duit aku, tak pelah. Buku punya pasal, aku kurangkan perbelanjaan beli barang picisan yang lain.



Cuti 3 bulan aku dihabiskan dengan membaca buku falsafah ni. Bermula daripada hari tu sampai sekarang, setiap kali pesta buku antarabangsa, ITNM menjadi pilihan aku kalau nak baca buku falsafah terjemahan.



Nantikan kisah aku yang pertama kali mengikuti program anak angkat (OPKIM) di Felda Trolak Timur, Perak Yop. Hem... Macam-macam ada.

2 comments:

  1. Ingat lagi noh kisah lama...dulu tak baca buku, sekarang siap edit lagi buku orang...itu la kan, macam cik penulis kata, sapa sangka rezeki kita...

    ReplyDelete
  2. ingatan ni sentiasa segar seperti sesegar nailofar.masa belajar kita belajar, jangan pedulikan orang yang perasan bagus. rezeki tu tak siapa boleh jangka. Nah...pija sedang mencari tapak.

    ReplyDelete