Thursday, October 29, 2009

PERAK YOP: PERGI SIHAT, BALIK SAKIT


Pergi ke tidak... pergi ke tidak. Aku sibuk mencongak samada mahu mengikut program kolej kediaman tercinta ni (tercinta!mungkin tidak lagi kerana aku telah disuruh keluar) pergi ke Trolak Timur untuk sebuah program anak angkat atau singkatan yang lebih canggih OPKIM. Program itu akan berlangsung seminggu selepas tamat minggu peperiksaan (kalau tak salah ingatan aku la).

Oleh sebab termakan pujukan rakan sebilik yang tidak jemu-jemu memujuk rayu aku (terima kasih Ummu kerana berjaya menggoda aku untuk join program ni). Akhirnya aku menyeret diri sendiri dan dengan separa sedar aku mendaftarkan diri dengan seorang senior yang merupakan ajk OPKIM tersebut. Melayang duit aku Rm 30 ringgit demi program ini(Opss...aku bukan nak mengungkit. Tetapi nak bagitahu kalian semua, setiap aktiviti yang disertai memerlukan kita mengeluarkan sedikit wang).

Semua ajk OPKIM aku lihat sibuk membuat persiapan. Bermula daripada urusan logistik hingga ke aktiviti yang akan berlangsung di Perak nanti. Niat asal aku hanya ingin menjadi peserta biasa. Aku berangan untuk membina hubungan yang baik dengan bakal ibu angkat dengan mengikut dia meronda-ronda kampung setiap petang selama empat hari berada di sana. Tanpa rela aku ditolak ke depan oleh Ummu apabila budak-budak ajk OPKIM ni menghadapi masalah untuk melukis mural yang mereka rencanakan akan berlangsung di Trolak nanti. (terima kasih sekali lagi kepada Ummu kerana berjaya menolak aku ke depan untuk menjadi sukarelawan yang merencanakan gambar untuk mural tu. Aku terharu).

Selama beberapa jam aku otak aku pusing memikirkan lukisan yang ideal dan pada yang sama beberapa kertas A4 berterbangan ke dalam tong sampah kerana lukisan aku sering tak menjadi. (diingatkan, aku bukan pandai melukis sangat melainkan kepakaran melukis watak Donald Duck yang mengingatkan aku pada seseorang). Akhirnya siap sudah lukisan yang aku kira terbaik antara yang terbaik. Dengan rasa yang kurang konfiden (itu salah satu sikap yang dimiliki mereka yang lahir bulan Januari), aku tunjukkan lukisan yang siap diwarna kepada salah seorang ajk OPKIM yang bernama Linda (baik budak ni).

”Cantik la kak Pija, macam ni oklah.” (hem...hem...Pija tu nama glamour aku, nama yang aku fikirkan sebelum mendaftar masuk UM).

Aku hanya tersenyum. Selesai tanggungjawab aku, ha... lepas ni aku nak kembali berangan meronda-ronda dengan mak angkat. Kami berdua naik motor, sambil motor dipandu perlahan, aku menghirup bau busuk tanah kampung yang bersih (lebih baik dari bau busuk bandar,oh...aku tak suka bandar). Lamunan aku terhenti oleh satu ayat daripada budak yang bernama Linda ni.

”Kak Pija, apa kata akak jadi leader untuk projek mural ni. Sebab kak Pija tau macam mana nak lukis kat batu tu.”

Aduh... pedihnya ayat. Buat mural dalam masa empat hari, mana boleh. Kurang-kurang seminggu. Dah tu comform aku kena berjemur bawah terik matahari yang amat gemar memanggang kulit aku yang cerah ni sejak di bangku sekolah lagi (masa sekolah aku masuk kadet Bomba, kulit hitam sebab hari-hari turun training). Sekali lagi aku diseret tanpa rela di dalam hati, tapi di luar aku memaksa kepala ini mengangguk tanda setuju. (terjebak lagi, sabarlah Faiizah)

Kami bertolak ke Trolak tepat pukul 3 petang, lepas solat Jumaat. Aku memilih untuk duduk di kerusi seorang diri. Sebanyak, tak banyak la juga, dua buah bas UM yang agak baru digunakan untuk memunggah kami (macam memunggah barang pulak). Bas bergerak dan aku seperti biasa membawa buku bertajuk Sophies World untuk dibaca. (Kalau nak baca pastikan mental anda bersedia, sebab ini buka falsafah sejarah. Sebab sebelum ini aku telah membaca buku bertajuk Sidarrtha yang menjadikan aku sedikit pening). Bas mula bergoyang-goyang dek kerana jalan yang sopak sopek di sana- sini. Aduh... kepala pening, aku terpaksa menutup buku, memejamkan mata sebentar dan membaca sesuatu (bukan beryoga ya. Bukan ke yoga dah diharamkan).

Kami di sambut dengan paluan kompang, wah,hebat ni. Sebab sebelum ni aku je yang selalu main kompang sambut pengantin datang. (itu salah satu kebolehan aku, kebolehan yang kecil je). Dalam keadaan kelam kabut kerana kerana mamai (baru bangun tidur) aku ditinggalkan rombongan yang terlebih dahulu berjalan. Pengarah OPKIM yang rapi jali itu berjalan paling hadapan sambil dieskot pak cik mak cik yang aku kira gembira menerima kami. (tak akan aku paparkan namanya kerana beberapa sebab peribadi). Aku menyeret beg yang penuh dengan baju dan hadiah menuju ke dewan. Sebelum duduk aku salami semua untie-untie yang ada di situ. (untung-untung mereka akan aim aku sebagai calon menantu.kui...kui...kui). Setelah diserahkan kepada mak angkat aku yang bernama Kamariah atau Untie Yang, aku dan 3 lagi anak angkat Untie Yang diangkut dengan motorsikal. (sebenar sebelum kami bersurai, ada ucapan daripada pengarah OPKIM yang rapi jali tu. Aku potong sebab ucapan di lebih kurang berbunyi macam ni, saya mewakili rakan-rakan yang lain....bla...bla...bla. ucapan dia memang klise. Tiba-tiba aku menguap tetapi masih sopan).

Hari pertama aku disini dimulakan dengan senaman. Tarian poco-poco diketuai oleh seorang budak lelaki yang aku tidak kenal namanya. Tetapi yang pasti budak tu bertubuh gempal, bibir seperti Angelina Jolie, kulit putih dan matanya bulat. (ini pertama kali aku menari poco-poco. Orang ke kiri, aku ke kanan. Suka hati kau la labu). Selepas penat menari, aku pun memaksa budak-budak ni pergi melukis mural yang terletak betul-betul depan dewan felda tu. Mula-mula ramai la, bila matahari meninggi, sorang-sorang cabut lari. Tinggallah mereka yang setia membantu aku mensettelkan kerja mengecat cat lapisan pertama. (terima kasih pada Ummu, Faezi, Azmil, Zaliki. Kalian memang baik). Kerana terlalu penat, akhirnya kami berhenti dan pulang ke rumah kerana rindu akan panggilan nasi yang merintih-rintih minta dimakan. Kerja di sambung esok kerana aku mula rasa tubuh tidak sihat. (aku mudah diserang demam, selesema dan asthma kalau terlalu lama berjemur).

Memang sah, aku dah diserang demam. Sebelum demam ni bertambah teruk, aku bertungkus lumus menyiapkan mural dalam masa dua hari bersama kawan-kawan yang best tu. Disebabkan terlalu letih dengan membuat mural dan disertakan demam, aku menarik diri daripada sebarang aktiviti OPKIM. Bermula daripada bermain bola jaring, badminton hingga ke aktivit akhir Explorace. Aku selesa duduk di rumh kerana sudah tidak daya untuk bergerak. Tiba waktu makan tengahari, Untie Yang telah menyediakan bermacam- macam lauk termasuk kari Ikan Tongkol yang aku buat (tengok, demam pun aku still memasak, Untie Yang cakap kari aku buat tu sedap. Uih...bangganya). Tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang kuning didalam mangkuk kecil yang dicampur dengna lada. Ha...tempoyak, sedap ni, tanpa malu aku mencedok tempoyak dan...selepek aku masukkan ke dalam nasi. Tengahari tu kami makan nasi dekat belakang rumah Untie Yang yang di depannya terbentang paya dan sungai yang kecil.

Malam yang penuh tragis. Mata aku tidak boleh dilelapkan, nafas aku seakan tersekat-sekat. Rupa-rupanya aku terkena Asthma la. Ini mungkin silap aku kerana memakan tempoyak. (ayah dah pesan jangan makan tempoyak, sebab gas yang ada dalam tempoyak tu boleh menyebabkan aku Asthma. Padan muka aku). Kerana tidak tertahan, aku masuk ke dalam bilik, mencari ubat Ashtma yang dibawa. Aku telan ubat tu, pahit...sedang aku melayan sakit tiba-tiba satu suara menerpa telinga.

”Pija buat apa ni, tak boleh tidur ke?”

”Sakit la Ummi, Asthma ni.” Aku jawab sambil membahasakan Untie Yang sebagai Ummi.

”Pija tahan dulu ya, pagi-pagi esok Ummi hantar pergi klinik.”

Aku hanya mengangguk dan terus melendingkan badan ke atas katil. Esok pagi-pagi lagi aku merempit bersama Ummi pergi ke Klinik untuk mengambil oksigen. Sebahagian kawan-kawan tahu aku sakit. Petang itu aku dan semua budak-budak OPKIM bersedia untuk pulang. Aku masih sakit, berjalan pun rasa sesak nafas. Air mata mengiringi perpisahan kami. Untie Yang memang best la. (sampai sekarang aku masih ingat dia walaupun dah habis belajar).

Aku sampai UM petang, dalam pukul 5.30 petang, satu lagi masalah, ketika nak memanjat bukit kolej kediaman ni, sekali lagi aku sesak nasaf. Berhenti di tengah-tengah bukit. Ummu sekali lagi menyelamatkan aku dengan mengangkat beg dan memapah aku ke bilik. Esoknya dalam keadaan sakit aku pulang ke kampung tercinta (Pahang). Ayah dan mak aku bukan main risau bila tahu aku Asthma. Aku pergi ke stesen bas pekeliling dengan menaiki teksi. Melayang Rm15 ringgit pagi tu. Sekali lagi Ummu teman aku menahan teksi. (terima kasih la Ummu).

Pengajaran daripada cerita : Pastikan kalian beritahu penyakit yang dihidapi kepada urusetia semasa mendaftar. Supaya senang kerja mereka, kalau tak jadi macam aku. Menyusahkan semua orang.

2 comments:

  1. owh cik pija, macam salah gambar ja yg awak letak...

    ReplyDelete
  2. salam cik ummu.terima kasih kerana menjadi tetamu pertama saya.sungguh kamu tangan kanan saya.gambar masa di trolak tak ada la. sebab masa tu pija tak ada kamera lagi. mintak gambar dari orang lain, sampai ke sudah tak dapat. sabar je la.

    ReplyDelete